zakizulkifli.com

Tuesday, January 24, 2012

Modul Autocad

Unit 0 Pengenalan
Unit 1
Unit 2
Unit 3
Unit 4

Monday, January 9, 2012

1. KAEDAH TINDIHAN

OBJEKTIF

Objektif am :
       Mempelajari, memahami dan menggunakan kaedah tindihan dalam proses menyelesaikan masalah bagi rasuk tidak boleh tentu statik.

Objektif khusus :
Ø  Mendapatkan persamaan momen bagi rasuk.
Ø  Menentukan nilai daya tindakbalas rasuk.
Ø  Menentukan nilai serta melakarkan gambarajah daya ricih dan momen lentur rasuk.
Menyelesaikan masalah yang disebabkan oleh beban tumpu , beban teragih seragam dan beban gabungan .

Pengenalan
 
1.1       Kaedah Macaulay
Kaedah macaulay ini digunakan dalam analisis cerun dan pesongan bagi rasuk boleh tentu statik. Kita ketahui dalam kaedah kamiran ganda dua, pertimbangan hanya melibatkan kes pembebanan sekata dan bersambungan dari penyokong ke penyokong sahaja. Untuk menyelesaikan masalah ini kaedah Macaulay telah dirumuskan. Persamaan yang dihasilkan melalui kaedah ini sah untuk keseluruhan rasuk dan akan hanya mempunyai dua pemalar sahaja.

1.2              Kaedah Momen Luas
Kaedah Momen Luas juga digunakan dalam analisis cerun dan pesongan sesuatu rasuk. Di sini kita akan menggunakan gambarajah momen lentur bagi mengenal pasti pesongan yang berlaku pada sesuatu titik rasuk.

1.3       Kaedah Tindihan
Seperti yang kita ketahui kaedah Macaulay dan kaedah Momen Luas hanya boleh menyelesaikan kes rasuk boleh tentu statik. Kaedah ini telah diubahsuai supaya ianya dapat digunakan bagi menyelesaikan masalah rasuk tidak boleh tentu statik yang dikenali sebagai kaedah tindihan. Ciri-ciri kaedah ini ialah menjadikan rasuk tidak boleh tentu statik kepada rasuk boleh tentu statik. Di sini kita akan menyinkirkan tupang-tupang yang tidak diperlukan. Proses penyelesaian kaedah ini terbahagi kepada 2 kes :-
 
1.3.1    Kes 1
Dalam kes ini kita perlu menjadikan rasuk tidak boleh tentu statik kepada rasuk boleh tentu statik seperti rasuk julur atau rasuk tupang mudah 








UNIT 0 ISI KANDUNGAN

GRID KURIKULUM


Grid kurikulum modul ini adalah berdasarkan kepada kurikulum yang sedang digunakan di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.

TOPIK
UNIT
KAEDAH TINDIHAN (RASUK)
1

KAEDAH CERUN PESONGAN ( RASUK & KERANGKA )
2
3
KAEDAH AGIHAN MOMEN ( RASUK & KERANGKA )
4
5



UNIT 1 :         KAEDAH TINDIHAN ( 6 JAM )
1.1     Menentukan darjah ketentuan rasuk.
1.2     Menerangkan kaedah tindihan bagi kaedah-kaedah berikut :
1.2.1        Kaedah Macaulay
1.2.2        Kaedah Momen Luas
1.3     Mendapatkan tindakbalas rasuk dengan satu darjah ketidaktentuan dengan menggunakan kaedah diatas untuk kes-kes berikut :
1.3.1        Beban tumpu semetri
1.3.2        Beban tumpu tak semetri
1.3.3        Beban teragih seragam
1.3.4        Beban gabungan
1.4     Melakarkan gambarajah daya ricih dan gambarajah momen lentur

UNIT 2 :         KAEDAH CERUN PESONGAN - RASUK  ( 6 JAM)
2.1          Menerbitkan persamaan cerun pesongan
2.2     Menggunakan persamaan cerun pesongan untuk mendapatkan momen dalaman serta melakarkan gambarajah momen lentur bagi rasuk yang di kenakan beban tumpu, beban teragih saragam dan beban gabungan.
2.3     Mendapatkan nilai daya ricih serta melakarkan gambarajah daya ricih.

UNIT 3 :         KAEDAH CERUN PESONGAN - KERANGKA  ( 6 JAM )
4.1     Menerangkan kerangka portal
4.1     Menerangkan perbezaan bebanan yang menyebabkan huyung atau tidak
4.1     Menggunakan persamaan cerun pesongan untuk mendapatkan momen dalaman serta melakarkan gambarajah momen lentur bagi kerangka yang di kenakan beban tumpu, beban teragih saragam dan beban gabungan.
4.1     Mendapatkan nilai daya ricih serta melakarkan gambarajah daya ricih.

UNIT 4 :         KAEDAH AGIHAN MOMEN - RASUK  ( 6 JAM)
4.1     Menerangkan konsep asas momem
4.2     Mentakrifkan faktor kekukuhan (stiffness) dan faktor bawa sebelah
4.3     Mengira momen hujung terikat

4.1     Menerangkan foktor agihan
4.2     Mendapatkan nilai-nilai momen akhir menggunakan jadual agihan momen yang meliputi :
4.2.1        Beban tumpu
4.2.2        Beban teragih seragam
4.2.3        Beban gabungan
4.2.4        Enapan
4.3     Melakarkan gambarajah momen lentur
4.4     Mengira daya ricih serta melakarkan gambarajah daya ricih.

UNIT 5 :         KAEDAH AGIHAN MOMEN - KERANGKA  ( 6 JAM )
5.1     Kerangka potal tampa huyung tidak melebihi satu rentang
5.2     Mengira momen hujung terikat
5.3     Mengira faktor agihan
5.4     Mendapatkan nilai-nilai momen akhir dengan menggunakan jadual agihan momen yang meliputi :
5.4.1        Beban tumpu
5.4.2        Beban teragih seragam
5.4.3        Beban gabungan
5.5     Faktor-faktor yang menyebabkan kerangka huyung.
5.6     Langkah-langkah analisis kerangka portal dengan huyung
5.7     Membuat persamaan keseimbangan huyung untuk mendapatkan nilai “K”.
5.8     Mengira momen akhir serta melakarkan gambarajah momen lentur
5.9     Mengira daya ricih serta melakarkan gambarajah daya ricih.



PERALATAN DAN SUMBER YANG PERLU DIGUNAKAN SEMASA MODUL

1.      Kalkulator

RUJUKAN

  1. R.C. Hibbeler (1995). Structural Analysis 3rd Edition. New Jersey: Prentice- Hall, Inc.
  1. Zulkifli Md. Salleh dan Saiful Anuar A. Rahim (1991). Pengenalan Analisis Struktur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  1. K.F Logie, Structures – Basic Theory With Worked Examples, Thomes Nelson and Sons Ltd, 1980
  2. W.T Marshall dan H.M. Nelson, Structures,1969
  3. Schaum’s Outline of Theory and Problems of Strength of Material, William A. Nash, McGraw – Hill inc, 1972